Isnin, 8 Februari 2010

Hari Pertahanan Mutlak =D

Refleksi

Saya sangat suka video kedua daripada video yang lain-lain. Saya berasa sangat sedih apabila saya melihat video itu. Inilah kerana saya telah menyedari kepentingan Hari Pertahanan Mutlak kepada rakyat semacam rakyat Singapura. Saya pun berasa malu kerana warga Singapura yang dahulu dapat mengeratkan perhubungannya dengan bangsa berlainan apabila sesuatu malapetaka berlaku dan mereka dapat bekerja sama untuk menolong satu sama lain walaupun mereka tidak tahu sesiapa mereka menolong tetapi pada masa kini,ramai remaja hanya kisah kepada masalah sendiri dan tidak suka menolong satu sama lain. Saya berasa yang kita, sebagai remaja, boleh mendapat banyak pengajaran daripada video-video yang kita lihat semalam. Kita boleh pelajari tentang kepentingan Hari Pertahanan Mutlak dan juga menghargai apa yang kita ada di Singapura dan kita hanya yang boleh menolong untuk simpan dan jaga negara yang kita sayangi.