Selasa, 1 April 2008

Persediaan Saya Menjelang Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 =D

Peperiksaan pertengahan tahun akan bermula tidak lama lagi. Peperiksaan akan bermula pada 25 April. Termasuk hari ini, peperiksaan akan bermula dalam 24 hari. Semakin hari peperiksaan bedekati, hati saya semakin berdegup-degup. Saya berasa amat takut yang saya akan gagal dalam sesuatu subjek dan saya akan membuat ibu bapa saya berasa sedih. Saya mahu ibu bapa saya berasa bangga apabila saya lulus dengan cemerlang.

Subjek-subjek yang saya sudah bersedia ialah subjek Sains dan Inggeris. Subjek-subjek yang saya belum bersedia ialah Melayu, Ilmu Alam, Sejarah, Matematiks dan Seni Lukis.

Apabila saya tiba di rumah, saya akan membuat kerja rumah dahulu lalu menonton TV atau memain komputer. Selepas saya bermain komputer, saya akan mengulang kaji pelajaran. Subjek yang saya paling tidak suka dan mengulang kaji ialah Matematiks. Saya tahu yang saya harus mengulangkaji semua subjek saya tetapi susah untuk mengumpulkan perhatian untuk mengulang kaji sesuatu subjek yang saya tidak suka. Mengulang kaji penting kerana kita boleh melupa apa yang Guru mengajar di dalam kelas dan kita boleh ingat lagi apa Guru mengajar.

Untuk Matematiks, kita harus berlatih bersungguh-sungguh supaya kita boleh menyekesaikan soalan. Untuk bahasa Inggeris dan Melayu, kita harus membaca buku-buku di dalam bahasa tersebut. Untuk Sejarah, Ilmu Alam dan Sains, kita harus memahami dan mengingat nota yang penting.

Saya berharap saya akan dapat sekurang-kurangnya 5 A dan lain-lain B. Saya tidak mahu mendapat C untuk subjek apa sahaja pun. Kenyakinan diri saya buat masa ini adalah sederhana.