Selasa, 12 Ogos 2008

Sambutan Hari Kebangsaan Dengan Sentuhan Budaya Melayu =D

a) Dikir Barat -
Dikir barat yang dipersembahkan kepada kita pada Sambutan Hari Kebangsaan amat bagus. Saya melihat orang melaya dan cina yang memakai baju tradisional melayu dan sedang bermain kompang. Saya amat gembira yang orang cina telah mempelajari sebuah alat muzik melayu yang tradisional dan mereka pun amat bannga yang mereka boleh memekai baju tradisional melayu. Pada permulaan persembahan mereka, seorang perempuan melayu joget kepada apa yang mereka telah cakap. Persembahan mereka amat unik kerana mereka telah membuat sebuah lagu yang baru dengan menggunakan tempat-tempat yang terdapat di Singapura dan apa yang amat unik pada Singapura. Pada pendapat saya, ini memang sesuatu cara dan masa yang baik untuk mengetengahkan budaya melayu kerana orang pelbagai budaya dapat memahami tentang budaya melayu dan Singapura juga.

b)Tarian Melayu -
Saya amat suka tarian melayu yang saya telah menonton kerana mereka dapat menunjukkan bangsa-bangsa yang terdapat di Singapura dan bukan sahaja bangsa melayu. Mereka telah menunjukkan yang Singapura sebuah negara yang terdapat pelbagai bangsa dan kita sebuah tinggal di sini secara harmoni. Saya pun amat suka lagu mereka kerana ia sebuah lagu tradisional terhadap budaya melayu.