Khamis, 29 Januari 2009

Perlancongan ke Jepun =D

Sudah tiga hari saya tiba di negeri asing ini.Saya sungguh tidak sabar untuk percutian ini kerana saya tidak pernah pergi ke Jepun sebelum ini.Saya sangat gembira tetapi juga gementar.Walaupun saya tidak memahami bahasa Jepun,adat dan juga budayanya,tetapi saya bersedia untuk mempelajarinya.Kami menginapi di sebuah hotel yang tradisional di mana kami harus tidur di lantai yang dialas dengan tikar "tatami". Semua bilik mempunyai pintu gelongsor dan mejanya,yang terletak di ruang tamu,sungguh rendah. Kita harus duduk bersila dan tiada satu kerusi pun yang ada di dalam bilik itu.Memandangkan ia musim sejuk,meja itu dilengkapi dengan "kotatsu".Ia adalah sebuah pemanas yang diletak di bawah meja supaya pada musim sejuk nanti,keluarga mampu memanaskan bahagian bawah tubuh mereka sambil menikmati sesi berbual bersama.

Pemandangan di Jepun sungguh mengkagumkan.Salji jatuh selama tiga hari saya berada di sana dan memandangkan ia pertama kali saya melihat salji,saya sungguh ghairah.Saya buat banyak lelakisalji di luar hotel dan saya juga ada perlawanan bola salji dengan abang-abang saya.Saya menggeletar danmuka saya semuanya merah padam kerana ia sungguh sejuk.Selepas itu,saya dijangkiti demam walaupun "kotatsu"memanaskan saya dengan segera."Hot spring" yang terletak di luar hotel itu mempunyai pemandangan yang indah.Ia memandang ke arah gunung dan ia sungguh menyenanagkan.Mandi panas yang saya alami di "hot spring" dan pemandangan yang indah itu telah menenangkan saya dan saya berupaya untuk tidur nyenyak untuk seluruh malam itu.

Keesokan harinya,saya lebih gembira.Ia masih salji dan saya dan keluarga sedang menuju untuk makan tengahari.Kita telah menghabiskan waktu pada pagi itu dengan berehat di katil kami yang sungguh selesa itu yang membuatkan kami tidak mahu keluar.Memandangkan sekarang sudah panas sedikit,kita semua berasa sungguh lapar.Kita membuat keputusan untuk mencuba makanan esotik yang sungguh terkenal untuk orang Jepun.Kita semua ghairah tetapi juga gementar dan sedikit takut kerana jika makanan itu tidak dimasak dengan betul dan dihidangkan salah,ia boleh mematikan kita.Ia adalah ikan "puffer".Ia masih bergerak bila dihidangkan dan saya terperanjat tetapi saya memberanikan diri dan mencuit sedikit.Ia rasa pelik tetapi saya ingin mencubanya sekali lagi.Lagi pun,ia sungguh lazim untuk saya memakan sesuatu yang boleh membunuh saya.Saya tentu ingin lagi mengalami ini lagi.