Khamis, 16 Oktober 2008

Perasaan dan pengalaman saya mengunjungi pusat makanan yang saya suka =D

Soalan: Gambarkan suasana yang kamu lihat di sebuah pusat makanan yang kamu suka kunjungi di negara itu. Selain itu, ceritakan juga tentang perasaan dan pengalaman kamu semasa berada di sana.


Makanan kegemaran saya ialah Nasi Ayam tetapi saya tidak makan Nasi Ayam sembarangan. Nasi Ayam yang paling saya kegemari ialah Rasa 21's "Nasi Ayam Syiok!". Rasa 21 ialah pusat makanan yang baru di Tampines yang saya dan keluarga saya suka makan di pusat makanan tersebut. Kita akan ke Rasa 21 seminggu sekali kerana saya amat suka Nasi Ayam yang dijual di situ.

Suasana di Rasa 21 selalu sebok dan bising kerana ramai orang yang tinggal berdekatan dengan restoran tersebut suka makanannya. Rasa 21 ada beberapa gerai yang pernah di dalam surat khabar melayu, inggeris dan cina kerana makanannya amat lazat dan ramai orang dari dekat dan jauh kembali untuk merasa makanannya. Saya dan keluarga saya hendak ke Rasa 21 untuk makan malam. Satu lagi sebab yang saya suka menziarahi 21 ialah restoran tersebut ialah dekat dengan rumah saya dan ia menjual Nasi Ayam sehingga malam.

Saya dan keluarga saya berada di Rasa 21 pada lapan malam dan restoran itu sangat sempit kerana ada ramai orang sedang beratur dan berjalan untuk membeli makanan. Saya bernasib baik kerana abang saya dapat tempat duduk untuk kita sekeluarga. Saya dengan segera beratur untuk membeli Nasi Ayam yang say amat gemari. Saya memberi pesanan saya lalu membayar kasir dan menuju ke tempat duduk. Saya berasa tidak sabar kerana saya amat lapar. Jika makanan sudah siap, saya menuju ke gerai tersebut sekali lagi untuk menggambil makanan saya.

Bau Nasi Ayam saya membuat air luda saya mengalir dan saya dapat bau ayam yang baru sahaja digoreng. "Nyom, nyom, nyom" saya dengan segera makan Nasi Ayam saya. Rasanya amat lazat dan saya dapat rasa limau. Nasi Ayam Limau memang "Nasi Ayam Syiok!" pada saya.