Khamis, 16 April 2009

Reviu Kumpulan Pantun =D

Kumpulan Umaimah:

Pada pendapat saya, pantun mereka amat bagus tetapi bentuk puisi mereka harus perbaiki. Ada beberapa stanza yang tidak berima. Lagu mereka amat sesuai untuk pantun mereka.

Nilai Hiburan: 5 / 10
Nyanyian: 6 / 10
Isi Puisi ( Rima, Ansonansi, Mesej, Rentak ): 20 / 30

Khamis, 2 April 2009

Hari Persahabatan Antarabangsa! =D

Pada tahun yang lalu, sekolah saya telah menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa. Kita menyambutnya dengan membuat kad-kad besar tentang filem yang bukan dalam bahasa kita. Saya dan tiga kawan saya membuat tentang filem Jepun. Filen itu bernama "The Girl Who Leapt Through Time". Kami ke Temasek Politeknik untuk menonton filem kami. Kami dapat menonton filem tersebut di Temasek Politeknik kerana ibu saya berkerja di sana. Selepas menonton filem itu, kami harus mendiskripsikan cerita tersebut dalam bahasa Melayu dan juga Cina.

Kami pun harus melukiskan watak utama di dalam cerita tersebut. Walaupun kami tidak tahu menulis dalam bahasa Cina, kami mendapatkan pertolongan dari kawan Cina kami untuk mengalihkan diskripsi kami kepada bahasa Cina. Kelas Cina pun harus membuat sebuah kad tentang sebuah filem yang bukan di dalam bahasa mereka dan kami menolong mereka untuk mengalihkan diskripsi mereka kepada bahasa Melayu. Walaupun saya dan Shahirah, salah satu ahli kumpulan saya, tidak mahir dalam bidang melukis, Amirah dan Farah menolong kami.

Kumpulan kami dapat menhabiskan projek kami untuk menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa. Projek kami dipaparkan di perpustakaan sekolah kami. Banyak rakan-rakan kita dapat melihat projek kami. Saya berasa amat bangga kerana kumpulan kami berkerja bersungguh-sungguh untuk membuat kad tersebut. Ada beberapa kad semacam kad kami di dalam perpustakaan sekolah kami. Kelas Melayu yang lain pun membuat sebuah kad dan kad mereka pun di paparkan. Kad-kad kelas Cina pun dipaparkan di perpustakaan. Ada kelas yang lain yang hanya melukis budaya bangsa lain.


Saya berasa gembira yang sekolah kami menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa. Saya berasa sangat gembira untuk menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa dengan kawan-kawan yang berbangsa-bangsa saya. Memang hebat dapat menyambut Hari Persahabatan Antarabangsa dengan kawan-kawan saya.