Ahad, 16 Mac 2008

Cuti sekolah Penggal Satu ! =D

Saya disuruh ke hadapan oleh guru. Dia hendak saya menceritakan apa saya telah lakukan pada cuti sekolah yang baru lepas. Kelas pun berdiam supaya mereka boleh mendengar cerita saya. "Pada pemulaan cuti sekolah, saya ke Pahang" saya mulakan.

Saya ceritakan apa saya buat di situ. Saya di Pahang selama 3 hari. Pada hari pertama, saya bersama rakan-rakan dan guru-guru berjumpa di sekolah untuk mulakan perjalanan ke Pahang. Kita mengambil satu hari untuk ke situ. Apabila kita sudah sampai, malam pun sudah datang. Pada hari kedua, kita bangun awal untuk mendaki gunung. Kita mengambil selama 2 jam dan kita berasa sangat penat tetapi pemandangan di atas sangat cantik. Selepas itu, kita berehat. Pada hari ketiga, kita mulakan perjalanan kita ke Singapura.

Selepas saya pulang dari Pahang, saya ada banyak projek sekolah dan kerja rumah yang harus saya lakukan. Saya hendak menhabiskan kerja sekolah saya dengan secepat mungkin. Saya pun menelifon kawan-kawan saya ke rumah saya untuk membuat projek kita dan saya mengahabiskan kerja sekolah saya pada hari khamis!

Untuk seluruh tiga hari, saya bermain permainan komputer kegemaran saya. Iatu , World of Warcraft. saya pun pergi ke tempat-tempat makanan baru dengan keluarga saya.